DUNIA KU,DUNIA MU JUA.

Thursday 21 November 2013

PUSAT SUMBER SMK SERI PERLING

Assalamualaikum.....
salam jumaat...arini tetiba jer bila bangun pagi...terasa rindu nk ke library sekolah aku...
kenapa tah aku ni....jadi harini aku nk share something kat korang...ianya tentang library sekolah aku...
library ni umpama rumah kedua aku...kalau ade masa lapang jer...aku mesti dtg sana...sebab kak sana ada kak azida...akak yg baik...huhuhu...kiranya macm mak angkt lh...kalau ada apa2 masalah...citew jer kt dia..dia sedia mendengar n memberi pendapat...

aritu diaowang ada jumpa anak kucing dalam library...comel sangat..bulu dia pon sama tema ngan library kiteowang punya bju,.....hitam putih,,,,
br nk jdkn kucing ni junior kiteowang...huhuhuh


inilh warga pusat sumber smk seri perling...semuanya sempoi jer....termasuklh pengetua yg pakai baju kuning tu,.....
masuk ni aku dh 3 tahun jadi pengawas pusat sumber kt sekolah ni,,,,dari form 1- form 3


hah.....yg pakai baju biru berkaca mata tu lh kak azida...owang yg selalu ada kat library....walaupon kiteowang dh cuti sklh...tp dia still kene kerja..*sabar k kak....


ini lh design baju kami.....cantik x? simple jer....huhuh

cikgu berharap library kiteowang akan jd mcm ni...bukunye terurus.....label semua sama....tulang buku pon sama tinggi.....cantik jer mata memandang....takpe2.....insyaAllah kalau umur panjang...tahun dpn kite cuba buat yg mcm ni pulak yer cikgu.....

Monday 18 November 2013

REMAJA HILANG DITEMUI BUKAN DI VILLA NABILA (EKSKLUSIF)

ASSALAMUALAIKUM.....akhirnya,misteri remaja hilang di villa nabila sudahpon terungkap.....
ikuti entri dari blog mazidul akmal...
http://www.mazidulakmal.com/


.................................................................................................................................................................






 Jika ingin menghasilkan laporan lebih tepat, molek jika wartawan atau pelapor media sosial berada di lokasi, bukan hanya sekadar meraih maklumat tidak sahih melalui laman sosial.

Saya tiba di Johor Bahru, Johor kira-kira pada jam 7 malam semalam dan bertemu  wartawan, Zulhazri Abu Bakar. Dalam perjalanan untuk makan malam di Restoran Banafe, kami melihat orang ramai masih berkumpul di luar Villa Nabila.

Mereka berhimpun di lokasi itu berikutan dakwaan kononnya 23 remaja dilaporkan hilang di Villa terbabit sejak malam Ahad lalu. Berita itu disensasikan oleh beberapa laman web, termasuk blog kumpulan paranormal, BUKAN Penyingkap Fakta

Saya dan Zulhazri berpegang kepada prinsip sama. Berita BERKREDIBILITI itu wajib disahkan oleh pihak berkuasa, dalam kes ini polis. Maklumat disiarkan di blog ini dalam entri terdahulu disahkan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supt. Abd.Samad Salleh, bukan berbentuk hearsay, khabar angin.

Sewaktu bertemu beberapa kenalan di ibu negeri Johor itu, Zulhazri menerima panggilan daripada sumber awam.

"Jom, remaja hilang itu telah dijumpai di Flat Desa Mutiara (Johor Bahru), " ajak sahabat saya.

Lalu kami bergegas ke balai terdekat dengan kawasan penempatan itu, Balai Polis Bandar Dato' Onn.
 

Saya dan Zulhazri berdiri di luar balai dan merakamkan gambar dua remaja tidak kami ketahui identiti mereka.

Kami percaya, kenyataan Izzat sedang dirakamkan oleh Pegawai Penyiasat di dalam pejabat di bahagian belakang balai.

"Selepas ini mereka mungkin akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Central," bisik Zulhazri.

Maklumat disalurkan oleh orang awam mengatakan,  Izzat dan 2 rakannya dibawa ke balai ini dari flat. Jadi tidak tersasar sewaktu kami menjangkakan, dua remaja terbabit, kenalan Izzat. Pada jam 2.33 pagi, tiga remaja terbabit dibawa keluar menggunakan laluan belakang balai. Sebagai wartawan, kami tidak berniat untuk merakamkan kenyataan Pegawai Penyiasat atau pegawai lain di situ kerana difahamkan sidang akhar akan dibuat oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff hari ini.


Tanpa berlengah kami kemudian bergerak ke IPD Central dan menunggu kenderaan sama memasuki kawasan terbabit.

Lama kami berdua duduk di atas simen lalu pejalan kaki di depan IPD itu.





Namun dimaklumkan, 3 remaja terbabit masih belum tiba kerana berada di Larkin.

"Cawangan Narkotik sekarang di sana, dulu di sini," ujar Zulhazri.

Tiba-tiba saya telihat kelibat pasangan lelaki dan wanita sedang duduk di kerusi di dalam balai.

 Sebaik dia memandag ke arah saya, hati tergerak untuk memanggilnya keluar dari balai itu. Saya dan Zulhazri berjabat tangan dengannya. Mujur dia mengenali saya dan berasa amat selesa berbual.

Abu Hashim Mohd Zain, 48 tahun, berasal dari Sik, Kedah tetapi menetap di Taman Ehsan Jaya. 

"Saya tengah menunggu anak perempuan saya. Empat orang polis datang ke rumah dan memaklumkan berita, anak saya, 15 tahun, dijumpai di Flat Desa Mutiara sekali dengan Izzat dan rakan seorang lagi itu. Sebelum itu ibu Izzat menghubungi saya dan meminta saya membuat laporan polis. Namun saya memaklumkan dia, sejak pagi Sabtu lalu, saya kerap berhubung dengan rakan anak perempuan tunggal saya itu menggunakan nombor telefon bimbit dia. Pagi tadipun saya masih berhubung lagi. Jam 9.30 malam tadi saya memang hendak membuat laporan polis," ujar pemandu lori itu.
 Zulhazri pantas merakamkan kenyataannya untuk disiarkan di berita TV9, In Sha Allah, pada tengahari ini.
"Apabila anak encik Hashim hilang dan berlaku kekecohan kononnya 23 remaja tidak ditemui di Villa Nabila, adakah encik percaya dia disembunyikan oleh makhluk halus?," soal saya.

"Mereka pergi beramai-ramai. Saya juga telah pergi ke Villa Nabila semalam. Memang tidak ada apapun di sana. Musykil juga kalau pergi ramai, mustahil seorang sahaja hilang. Jadi saya memang tidak percaya, tidak yakin langsung dia disembunyikan oleh makhluk halus. Bukan hendak bercakap besar tidak, tetapi kalau melihatkan keadaan di dalam Villa Nabila, In Sha Allah, saya berani tidur seorang diri di situ. Malang, bila berita kononnya 23 remaja hilang di villa itu disebarkan di internet, suasana menjadi kelam-kabut sekaligus menyusahkan banyak pihak. Jadi nasihat saya, berhentilah menyebarkan berita tidak sahih di laman sosial," balasnya yakin.


"Polis BELUM lagi mengesahkan berita tetapi maklumat awal kami terima, disalurkan oleh sumber awam, amat menarik. Izzat dan rakan, dikatakan menonton filem Highland Tower. Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat 'keras' untuk dikunjungi secara berkumpulan barangkali termasuk anak encik sekali. Dalam kumpulan kira-kira 20 orang itu mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang jam 4 pagi. Setelah berada di situ, SEMUA keluar melalui jalan belakang, Straits View dan terus berhenti rehat di Masjid Kolam Air. Sewaktu azan berkumandang, sebelum bersurai," kata saya.

Izzat membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam menetap di flat terbabit, mengenali identiti Izzat kemudian bertindak menyalurkan maklumat tepat kepada polis.

"Apapun, kita tunggu sahaja perincian lebih tepat akan disahkan oleh pihak polis akan dikongsikan bersama semua media cetak dan elektronik," sampuk Zulhazri.

Akhrinya kami difahamkan, anak perempuan Abu Hashim, teman wanita Izzat.

Kira-kira jam 3.48 pagi, kenderaan membawa 3 remaja terbabit dipandu laju, masuk ke IPD Central.
ASSRemaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, Johor, selepas tengah malam tadi.
Pada ketika entri ini ditulis Izzat dan 2 rakan, lelaki dan perempuan sedang dirakamkan kenyataan di Balai Polis Bandar Dato On. Saya bersama wartawan, Zulhazri Abu Bakar berada di luar balai. Tiada media lain bersama kami.
Maklumat disalurkan kepada kami oleh sumber berkredibiliti.
Sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Johor.
- See more at: http://fuh.my/misteri-remaja-hilang-di-villa-nabila-johor-bahru-akhirnya-terungkap/#sthash.E6A3SB9G.dpuf
Misteri Remaja Hilang Di Villa Nabila Johor Bahru Akhirnya Terungkap | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan. Tadi ada seorang rakan Dr Fuh inform yang berita tentang remaja hilang di Villa Nabila dah disahkan ditemui. Rakan Dr Fuh tu dapat berita dari blog saudara Mazidul Akmal. Agak mengejutkan bila Dr Fuh baca berita ini dimana seorang remaja yang dilaporkan hilang itu telah ditemui. Tapi bukan di Villa Nabila. Dimanakah? Ikuti beritanya dibawah ini.
Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, Johor, selepas tengah malam tadi.
Pada ketika entri ini ditulis Izzat dan 2 rakan, lelaki dan perempuan sedang dirakamkan kenyataan di Balai Polis Bandar Dato On. Saya bersama wartawan, Zulhazri Abu Bakar berada di luar balai. Tiada media lain bersama kami.
Maklumat disalurkan kepada kami oleh sumber berkredibiliti.
Sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Johor.
Sumber berita – Bersama Mazidul
Lihat rakaman video di Villa Nabila Johor Bahru yang telah dibuat oleh sekumpulan pelajar sebelum KONONNYA mereka diberitakan hilang di laman PENCURIMOVIE.SX <– Klik sini
Dr Fuh – Hahaha. Bila baca balik macam lawak pon ada. Berita ni mendapat liputan sangat meluas di dada-dada akhbar dan media-media massa termasuk dari blog Dr Fuh sendiri, at last remaja yang dilaporkan hilang tersebut telah ditemui sedang bersembunyi dirumah kawan? Tapi persoalan yang timbul sekarang, mengapa remaja tersebut bersembunyi di rumah kawan beliau? Dan bagaimana pula timbul cerita yang remaja tersebut pergi ke Villa Nabila dan hilang disana? Jeng….jeng….jeng….!!
- See more at: http://fuh.my/misteri-remaja-hilang-di-villa-nabila-johor-bahru-akhirnya-terungkap/#sthash.E6A3SB9G.dpuf

CERITA SEBENAR DAKWAAN KEHILANGAN 23 INDIVIDU DI VILLA NABILA (UPDATED) *maaf jika salah info

Heboh di laman sosial, kes 23 individu didakwa hilang di Villa Nabila, Johor Bahru.
tetapi sebenarnya, Wanita, Norhayati Mohamad, 38 tahun, membuat laporan polis, anaknya, Mohamad Izzat Izzudin, 16 tahun, keluar dari rumah dan tidak pulang sejak Sabtu lalu. Awal pagi tadi, ibu itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, 
berikut adalah gambar lelaki yg berusia 16 tahun tu....


 Jadi apakah hubung kaitnnya dengan kisah tersebar di laman sosial, 23 individu hilang di Villa Nabila?
 Terdapat maklumat mendakwa kononnya Izzudin dilihat masuk ke Villa Nabila bersama 30 rakan pada jam 4 pagi Ahad lalu. Bertindak secara proaktif, hasil daripada maklumat disalurkan itu, polis serta kakitangan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru telah melakukan pemeriksaan di setiap ruang di Villa terbabit, di antara jam 3.30 pagi dan 5.30 pagi tadi,
 
Kini pihak polis tidak membenarkan orang awam untuk memasuki kawasan villa terbabit. sekaligus mengelakkan kesesakan lalu-lintas di jalan utama. 

berikut imej yg terbaru pada pukul 1.48 tngh hari td..




Sedikit info tentang vila Nabila Johor yang berhantu

 ini bukan lagu Spring Bourgenvilla tu. bukan Nabila Huda anak Amy Search. Villa Nabila merupakan sesebuah tempat yang disebut ramai di Johor Bahru. dikatakan Villa Nabila adalah sebuah rumah banglo yang berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila didakwa mati di bunuh di rumah tersebut. agak scary jugak nama Villa Nabila ni. Villa Nabila terletak di tepi Pantai Lido Johor Bahru. juga berdekatan dengan istana sultan johor.
tiada sumber yang mengatakan siapakah Nabila dan keluarga beliau. tetapi kebanyakkan orang akan mengatakan cerita yang sama tentang Villa Nabila. mengikut cerita orang ramai, Villa Nabila ini dikatakn berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila dikatakan dibunuh di rumah tersebut oleh pekerja yang sedang renovate rumah itu dengan cara dirogol, dibunuh dan disimen didalam konkrit rumah tersebut. pada masa itu dikatakan ibu bapa Nabila keluar untuk urusan kerja untuk beberapa hari.
dikatakan juga Nabila adalah pewaris harta kekayaan ibu bapa beliau. Nabila juga adalah anak kesayangan dalam keluarga beliau. tetapi ada juga sumber lain yang mengatakan Nabila dibunuh oleh mak cik beliau kerana untuk merebut harta warisan ibu bapa Nabila. selain itu ada juga yang mengatakan Nabila membunuh diri kerana tekanan.
kini rumah tersebut terbiar dengan semak samun yang menjalar. ada sesetengah individu yang memberanikan diri masuk ke kawasan Villa Nabila tersebut dan mengalami pengalaman yang menakutkan. ada yang terjumpa kelibat Nabila, ada yang tidak menemui jalan keluar, ada yang sebaliknya tetapi di ganggu oleh makhlus halus setelah keluar dari kawasan Villa Nabila.
apa pun cerita yang kita dengar tentang Villa Nabila itu mungkin terdapat kebenaran di sebaliknya. janganlah kita membuat andaian kita sendiri kerana kita tidak mengetahui cerita yang sebenar. kepada mereka yang ingin ke Villa Nabila tersebut janganlah buat perkara yang tidak elok dan datanglah dengan niat yang baik. kerana niat yang tidak baik boleh membuatkan makhluk halus di kawasan tersebut “berminat” dengan anda.

Actually ada banyak versi cerita. Tak tahu mana satu yang betul. Anda tahu kisah sebenarnya? Boleh kongsikan di ruangan komen dibawah.

Saturday 16 November 2013

TIPS ELAK DITIPU OLEH SCAMMER

KORANG SELALU X BELI BARANG SECARA ON9?ATAU PON TERINGIN SNGT BELI BRANG SECARA ON9...TP TAKOT DITIPU OLEH SCAMMER(PENIPU BESAR NI..) ^_^ SEBENARNYA KORANG ADA BNYK PILIHAN NAK ELAKKAN DARI SCAMMER... SEBAB SETIAP MANUSIA DIKURNIAKAN OTAK... OTAK DIGUNAKAN UNTUK BERFIKIR.... JADI GUNALAH DENGAN SEBAIK2NYA

CARA PERTAMA
Guna khidmat middleman untuk transaksi selamat.....bank in duit kepada admin/middleman > seller pos barang > seller akan terima duit selepas barang sampai ke tangan buyer...

CARA KEDUA
kalau seller x nak guna middleman , ajak cod..... pastikan deposit tidak melebihi rm100..... bawa rakan semasa COD dan jumpa hanya di tempat awam....

CARA KETIGA
minta pendapat rakan2 lain.... hanya post pada wall group dan tanya pendapat rakan2 mengenai seller tersebut...

CARA KEEMPAT
selidik latar belakang seller , lihat semua gambar2 dlm akaun fb seller tersebut... dan semua wall post seller... pastikan tiada keraguan...minta dokumen peribadi dari seller ..... gambar IC ... pastikan yang baru di snap... minta depan belakang... then korang suruh jer seller tu tunggang terbalik ic tu ikut kedudukan yg korang nak... kalau betul IC tu memang dia punya, dah tentu dia mampu buat..... contoh mcm ni.... gambar ic depan belakang, kat atas ic tulis nama korang dengan tulisan tangan pada kertas ,... background ic mesti gambar barang yg seller tu jual..... kat sini korang boleh tau sama ada seller tu betul2 ada IC dan barang yg dia jual atau tidak....kalau x cukup lagi, korang minta bil utiliti atas nama seller tersebut... contohnya bil api, air ,astro , telefon , dan mcm2 la bil utiliti.. kat situ kan ada alamat terkini seller tu....x cukup lagi ??? minta je apa yg ko nak minta... yg penting , logik...BANYAK LAGI CARA2 LAIN KALAU RAJIN BERFIKIR SECARA LOGIK....kalau semua cara diatas masih x berhasil , lupakan je lah niat korang nak beli barang kat dia......setakat nak dapat barang murah lingkungan rm100-200, korang sanggup amik risiko bank in beribu ringgit kat dia?kalau harga yg org jual tu jauh sgt lari , xpayah pk panjang... sah2 scammer.....semuanya atas kebijaksanaan korang berfikir...

(KORANG TAU X MIDDLE MAN DIA GUNANYER TOK APA?)

SITUASI 1 (PEMBELI DAN PENJUAL)

>Buyer bank in/transfer jumlah harga barang + middleman charge (RM10) ke akaun ADMIN>ADMIN akan mengesahkan penerimaan bayaran kepada Seller

>Seller pos barang ke alamat Buyer>Selepas barang sampai , buyer ada maksimum 24 jam untuk menilai barang yang diterima sama seperti yang dijanjikan atau tidak

>Sekiranya sama seperti perjanjian , ADMIN akan release payment tersebut kepada Seller ...

>Sekiranya berlaku penipuan dari segi barang , atau pun barang tidak diterima , ADMIN akan kembalikan semula jumlah harga barang kepada Buyer...# KEBIASAANNYA MAKAN MASA 1-3HARI UNTUK SELLER DAPAT DUIT

SITUASI 2 ( SWAP )

>User A dan User B akan menghubungi admin untuk khidmat middleman

>kedua-dua barang yg hendak di swap mesti di hantar ke alamat ADMIN>selepas barang sampai , admin akan memeriksa barang tersebut seperti mengikut perbincangan.(1hari)>sekiranya semua ok , admin akan Pos barang User A ke alamat User B , dan barang User B ke alamat User A.....

>MIDDLEMAN CHARGE RM10 + KOS POSLAJU SEMULA = (RM25-RM30)* kos pos laju semula hendaklah sama dengan jumlah yang di bayar oleh buyer tersebut ketika pos barang ke alamat ADMIN** sekiranya ada melibatkan topup/tambah duit , bayaran tersebut hanya boleh dilakukan selepas barang sampai ke alamat ADMIN.

# SILA BERBINCANG DAHULU DAN PASTIKAN KEDUA-DUA PIHAK FAHAM KONSEP MIDDLEMAN GROUP INI SEBELUM BERURUSAN DENGAN ADMIN

# SELEPAS DUA2 PIHAK SETUJU , ADD FRIEND ADMIN DAN BUAT GROUP CHAT DI FACBOOK ATAU GROUP CHAT WHATSAPP UNTUK SITUASI 1 , SELLER SEDIAKAN BUTIRAN BERIKUT

Item :

Harga:

Condition:

Warranti:

Aksesori:

Gambar:

# UNTUK SITUASI 2 , KEDUA-DUA PIHAK SEDIAKAN BUTIRAN BERIKUT

Item :

Jumlah “top up / tambah duit”:

Condition:

Warranti:

Aksesori:

Gambar:

Bagaimana middleman berfungsi?:middleman ni diadakan oleh Admin group JUAL BELI utk memastikan tiada kes scam berlaku,bukannya middleman yg jual barang,Admin group ni bertindak sebagai orang tgh diantara penjual dan pembeli utk memastikan urusniaga diantara kedua2 pihak tidak unsur2 penipuan,situasinya mcm ni,si A berminat utk membeli henset dari si B,jadi si A dan si B contact admin group ni utk gunakan khidmat middleman,bila kedua2 pihak dah bersetuju,maka si A(pembeli) akan transfer/bank in kan jumlah bayaran seperti yg dipersetujui+fee middleman rm10 kepada Admin group ni  ,so duit bayaran tersebut akan dipegang oleh admin,bila bayaran itu telah diterima,admin akan maklumkan kepada si B(penjual) yg bayaran telahpun diterima dan si B(penjual) hendaklah postkan barang tersebut kepada si A,bila si A telah menerima barang yang dipostkan oleh si B,si A mempunyai masa 24 jam utk confirmkan kepada admin samada barangan yg diterima itu menepati seperti apa yg dipersetujui,bila s A dah confirmkan kepada admin yg barang telah diterima dengan baik dan sepertimana yg dipersetujui,barulah admin akan transferkan wang bayaran dari si A kepada si B ,so dengan proses ni maka tiadalah boleh berlaku penipuan antara kedua2 pihak sepertimana yg sering berlaku skrg ni,cthnya dah bayar duit tapi barang tidak dihantar.
 #HOPE DAPAT MEMBERI SEDIKIT INFO PADA KORANG......

PUNCA AKAUN FACEBOOK DAPAT DI HACK

1. Kecuaian Pengguna

Inilah penyebab utama akaun Facebook dihack dan diakui di seluruh dunia. Apakah anda menyimpan dengan baik password Facebook anda? Apakah anda mengikuti saranan dari Facebook untuk mengkombinasikan huruf kecil dengan angka dan huruf besar? Apakah anda membuka link atau pautan halaman dari teman anda yang bahkan tidak tahu asal usul link tersebut? Apakah anda mengikuti kuiz yang ratingnya rendah atau malah tidak ada? Peluang untuk menghack akaun Facebook ada dimana-mana dan kesalahan pengguna itu sendirilah yang membuat akaun Facebook dengan mudah sahaja dihack.
2. Link web Bervirus
Maksudnya jika anda melihat teman anda meletakkan link sebuah web, jangan terus diklik! Boleh jadi itu adalah link bervirus yang disembunyikan melalui Shorter URL atau pemendek URL. Juga kemungkinan ada button “Like” bervirus pada web-web tertentu. Sebaiknya anda hanya mengklik link dan button Like dari web yang rasmi dan dipercayai. Lebih baik lagi jika anda menginstall Norton Internet Security atau AVG atau Avast kerana antivirus-antivirus ini memiliki ciri-ciri Web Scanner yang akan mengamati apakah link itu bervirus atau tidak.
3. Aplikasi Menyesatkan
Jangan terpancing dengan kuiz-kuiz Facebook yang isinya lucu tapi rating-nya rendah atau bahkan tidak ada. Jangan pula terpancing dengan Facebook Apps seperti Ubah Tampilan Facebookmu dalam Seminit! atau “Siapa yang membuka profail kamu?” atau “Who’s your no.1 Fan?”. Ingat, ketika kita hendak mengikuti kuiz atau Apps tersebut selalu ada peringatan dari Facebook yang mengatakan bahawa kuiz atau Apps ini akan mengambil informasi seperti profail, rakan, tarikh lahir, album gambar dan semuanya yang berhubungan kita akan dapat dibuka oleh aplikasi ini. Dari sinilah kracker dapat mencuri segudang informasi dari profail kita dan pada beberapa keadaan juga akan mencuri data akaun kita.
4. Keylogger
akaun facebook dihack
Keylogger adalah peranti yang dapat merakam petikan keyboard kita. Keylogger boleh berupa software ataupun hardware. Kalau berupa hardware, boleh dikesan dengan mudah. Lihat saja ke lubang keyboard di belakang PC, kalau ada sesuatu yang ‘terbonjol’ atau bentuknya aneh, maka itulah Keylogger berbentuk Hardware.
Kalau software, ini sukar apalagi kalau di cyber cafe yang tidak dipasang antivirus. Namun boleh anda boleh menggunakan Virtual Keyboard. Caranya klik START, All Programs, Accesories dan cari Virtual Keyboard di sana.
Keylogger boleh juga masuk dengan sendirinya kalau kita sembarangan mengklik iklan di internet. Oleh itu selalu hati-hati dan waspada dengan web-web yang anda kunjungi.
5. “Remember Password”
akaun facebook dihack
Ini adalah ciri-ciri yang selalu ada di setiap browser. Tujuannya baik, supaya pengguna tidak perlu susah-susah menaip password di web yang dituju. Tapi jangan pernah lakukan ini di cyber cafe ataupun di area hotspot!
Jika ciri-ciri ini diaktifkan di tempat-tempat awam maka dari sinilah peluang untuk menghack akaun Facebook. Untuk mematikannya, sebagai contoh di Firefox klik Tools, kemudian Options. Pilih Security kemudian hilangkan tanda check di “Remember Password For This Site” dan klik OK.
6. Cookies
Cookies adalah ‘jejak-jejak’ pelayaran pengguna di internet. Di Cookies ini juga tersimpan data-data sensitif seperti data log in web.
Hapuskanlah selalu Cookies ini setiap kali selesai menggunakan internet, sebagai contoh di Firefox klik Tools kemudian klik Clear Recent History. Pilih Everything di sudut kanan atas dan check semua kotak, kemudian klik OK.
Atau anda boleh juga mengaktifkan ciri-ciri Private Browsing dengan menekan button Ctrl + Shift + P. Private browsing ini sangat tepat dilakukan di area hostpot kerana area hotspot adalah ‘ladang’ bagi para kracker untuk mencuri data-data kita.

BERGAYA TAK KENE TEMPAT

"Selamat pagi,Saja nak refresh semula pasal aku lihat ramai yang sudah lupa. Masih sering melihat orang melakukan perkara ini semasa solat di Masjid."

Ramai sudah mengetahui isu hangat pengharaman pemakaian jersi atau baju yang mempunyai lambang salib, jenama arak dan imej syaitan yang menjadi isu hangat tahun lalu tapi malangnya ramai lagi yang bersolat memakai jersi pasukan yang mempunyai logo lambang salib.


Bagaimana pula dengan tshirt yang dipenuhi tulisan yang menggambarkan seperti bukan seorang Muslim spt di bawah ini?
Photobucket
Tahulah peminat fanatik tapi sendrik mau ingat! Tak payah nak bawa masuk dalam masjid atau ketika sembahyang sendirian.
Lagipon,apa yg kite pakai dan lakukan itu adalah menunjukkan imej kite...imej agama kita
,,,jadi jagalh sikit nama baik agama kita....
Tak perlu minta izin untuk share dengan rakan anda sebagai mengingati sesama Islam

Friday 15 November 2013

MENGIMBAS MASA YG TELAH BERLALU (PART 2)


menang pertandingan masak....x disangka2 .....
memang awesome...... ^_^
dengan dpt bantuan dr rakan aku ni(amirul) dengan dpt resepi dr kak azida....
nk knl x siapa kak azida n amirul tu?

 yg kat atas ni namanyer amirul.....dia pasangan aku time memasak tu
yg kat bawah ni pulak...yg pakai kaca mata dan berbaju biru tu namanyer norazida
*sorry kalau salah type nama
akak azida ni pembantu pusat sumber kat sklh aku....dia ni caring sangt....baik sngt....kalau aku ade masalah....dialh tempat aku mengadu....btw....thanks akak sebab jd pendengar setia saya...
akak ni selalu masak tok kite owang yg bertugas....sedap lak tu akak masak,,,,,(nyam nyam)
rasa mcm sedih pulak nk tinggalkn sklh aku....sebab ramai yg aku syg ada kat sana.....ada kwn yg memahami(hidayah,syikin,khairul nisa,radzuan,amirul &lain2).

MENGIMBAS MASA YG TELAH BERLALU (PART 1)

pic ni masa last day sekolah bg mereka.....(bkn bg aku sebab walaupon cuti,still dtg sklh)
happy sngt dpt guru tingkatan yg sangat memahami(cikgu siti hajar)
kawan2 pon agak baik....
dalam kelas,aku bynk rapat ngan nabihah bt tahir....dia ni mcm lain sikit...sebab sentiasa bg pendapat apa yg aku inginkn.....bg sokongan kt aku....
nk kenal x si nabihah ni yg mn dalam pic.....
dia yg amik gambar berdua jer ngan kwan dia...alah...yg tunjuk2 peace tu...dia yg berisi sikit...*oppsss....
 
aku mcm x sangka...kjp jer dh form 3...thun dpn dh naik form 4....dh besar rupanya...huhuhu....walaupon dh abis pmr...aku masih takot sebab blom amik result!
moga2  dpt yg cemerlang sebab aku dh cuba yg terbaik.....
tahun dpn ,aku rasa mcm nk masuk sekolah vakasional jer....amik bidang kulinary.... :)
kalau masuk kolej vakasional ni....abis jer belajar....teros dpt diploma....
hurmm.....masih difikirkn lg pasal ni....hope dpt membuat keputusan yg terbaik....(amin)