DUNIA KU,DUNIA MU JUA.

Monday 18 November 2013

CERITA SEBENAR DAKWAAN KEHILANGAN 23 INDIVIDU DI VILLA NABILA (UPDATED) *maaf jika salah info

Heboh di laman sosial, kes 23 individu didakwa hilang di Villa Nabila, Johor Bahru.
tetapi sebenarnya, Wanita, Norhayati Mohamad, 38 tahun, membuat laporan polis, anaknya, Mohamad Izzat Izzudin, 16 tahun, keluar dari rumah dan tidak pulang sejak Sabtu lalu. Awal pagi tadi, ibu itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, 
berikut adalah gambar lelaki yg berusia 16 tahun tu....


 Jadi apakah hubung kaitnnya dengan kisah tersebar di laman sosial, 23 individu hilang di Villa Nabila?
 Terdapat maklumat mendakwa kononnya Izzudin dilihat masuk ke Villa Nabila bersama 30 rakan pada jam 4 pagi Ahad lalu. Bertindak secara proaktif, hasil daripada maklumat disalurkan itu, polis serta kakitangan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru telah melakukan pemeriksaan di setiap ruang di Villa terbabit, di antara jam 3.30 pagi dan 5.30 pagi tadi,
 
Kini pihak polis tidak membenarkan orang awam untuk memasuki kawasan villa terbabit. sekaligus mengelakkan kesesakan lalu-lintas di jalan utama. 

berikut imej yg terbaru pada pukul 1.48 tngh hari td..




Sedikit info tentang vila Nabila Johor yang berhantu

 ini bukan lagu Spring Bourgenvilla tu. bukan Nabila Huda anak Amy Search. Villa Nabila merupakan sesebuah tempat yang disebut ramai di Johor Bahru. dikatakan Villa Nabila adalah sebuah rumah banglo yang berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila didakwa mati di bunuh di rumah tersebut. agak scary jugak nama Villa Nabila ni. Villa Nabila terletak di tepi Pantai Lido Johor Bahru. juga berdekatan dengan istana sultan johor.
tiada sumber yang mengatakan siapakah Nabila dan keluarga beliau. tetapi kebanyakkan orang akan mengatakan cerita yang sama tentang Villa Nabila. mengikut cerita orang ramai, Villa Nabila ini dikatakn berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila dikatakan dibunuh di rumah tersebut oleh pekerja yang sedang renovate rumah itu dengan cara dirogol, dibunuh dan disimen didalam konkrit rumah tersebut. pada masa itu dikatakan ibu bapa Nabila keluar untuk urusan kerja untuk beberapa hari.
dikatakan juga Nabila adalah pewaris harta kekayaan ibu bapa beliau. Nabila juga adalah anak kesayangan dalam keluarga beliau. tetapi ada juga sumber lain yang mengatakan Nabila dibunuh oleh mak cik beliau kerana untuk merebut harta warisan ibu bapa Nabila. selain itu ada juga yang mengatakan Nabila membunuh diri kerana tekanan.
kini rumah tersebut terbiar dengan semak samun yang menjalar. ada sesetengah individu yang memberanikan diri masuk ke kawasan Villa Nabila tersebut dan mengalami pengalaman yang menakutkan. ada yang terjumpa kelibat Nabila, ada yang tidak menemui jalan keluar, ada yang sebaliknya tetapi di ganggu oleh makhlus halus setelah keluar dari kawasan Villa Nabila.
apa pun cerita yang kita dengar tentang Villa Nabila itu mungkin terdapat kebenaran di sebaliknya. janganlah kita membuat andaian kita sendiri kerana kita tidak mengetahui cerita yang sebenar. kepada mereka yang ingin ke Villa Nabila tersebut janganlah buat perkara yang tidak elok dan datanglah dengan niat yang baik. kerana niat yang tidak baik boleh membuatkan makhluk halus di kawasan tersebut “berminat” dengan anda.

Actually ada banyak versi cerita. Tak tahu mana satu yang betul. Anda tahu kisah sebenarnya? Boleh kongsikan di ruangan komen dibawah.

2 comments:

  1. Diorg tu Tak Ada Keja Pergi Villa Usang tu...
    byk lagi Benda baik Nak Buat, dari pergi sana

    ReplyDelete

Assalamualaikum.....
dh bace????commentlh cikit....^_^